INFO TERKINI SK MATANG GERDU

DARIPADA ADMIN: BLOG SK MATANG GERDU MASIH DALAM PENINGKATANHARAP MAAF ATAS KESULITANDIHADAPI

KOD SEKOLAH:

ABA 3007

ALAMAT:

SEK. KEB. MATANG GERDU JALAN SIAKAP 34300 BAGAN SERAI PERAK DARUL RIDZUAN

TELEFON:

05-7218551

FAKS:

05-7219667 LAMAN BLOG: http://skmg3007.blogspot.com LAMAN FACEBOOK: SK MATANG GERDU E-MAIL: skmatanggerdu@ppdkerian.edu.my

Sunday, February 28, 2010

SUKAN TAHUNAN 2010

SUKAN TAHUNAN KALI KE-19/2010
TARIKH: 25.02.2010
HARI: KHAMIS
MASA: 8.00 PAGI
TEMPAT: PADANG SK MATANG GERDU

RUMAH KUNING

RUMAH MERAH

RUMAH BIRU


RUMAH HIJAU




























cikgu paling "cool' di padang


Keputusan keseluruhan:

Juara : Rumah Hijau

Naib Juara : Rumah Biru

Ketiga : Rumah Kuning

Keempat : Rumah Merah (cuba lagi tahun depan)

Sunday, February 7, 2010

Makmal Komputer 2010





Sejarah SKMG

SEJARAH SEKOLAH

Matang Gerdu ialah sebuah kampung bertaraf luar Bandar , kira-kira 5 km dari Bandar Bagan Serai. Jalan perhubungannya tidak sukar kerana kedudukannya di tepi jalan raya. Terletak di laluan bas yang menghubungkan Pekan Kuala Kurau dengan Bagan Serai. Pada awalnya di sekitar laluan jalan raya terdapat kebun-kebun kelapa dan ladang kelapa sawit serta terdapat beberapa buah kampung seperti kampung Parit Sulaiman, Kampung Parit Hj. Hassan, Kampung Parit Husin, Kampung Parit Jawa, Kampung Sungai Dungun, Kampung Parit Hj. Amin di sebelah kiri menghala ke bandar Bangan Serai dan dan kampung Matang Gerdu.

Pada tahun 1990 telah terdapat sebuah taman perumahan iaitu Taman Serai Jaya bersebelahan dengan sekolah ini. Dengan adanya taman tersebut, bilangan murid yang bersekolah di sini turut bertambah. Pada tahun 2000 sebuah lagi taman perumahan diwujudkan di Matang Gerdu.jadi bilangan murid makin bertambah ramai.

Sekolah Kebangsaan matang Gerdu telah diasaskan oleh penduduk tempatan dalam tahun 1954. Bangunannya berukuran 30m X 8m beratapkan zing, berdinding papan dan berlantai simen. Pada ketika itu, sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Matang Gerdu.

Pada Hari Isnin, 1 Mac 1954 , bermulalah sejarah baru dalam bidang pelajaran dan pendidikan di kampung ini. Sekolah Melayu Matang Gerdu memulakan peranannya. Guru besar yang pertama ialah Encik Muhd said bin haji Omar yang berkelulusan SITC. Tugasnya dibantu oleh Encik Yang Ahmad bin Abd. Wahab yang juga dari SITC dan Cik Latifah binti Aminon, seorang Guru Pelatih. Seramai 233 orang murid yang telah hadir untuk mendaftarkan diri, semuanya dalam darjah satu.

Lagu SKMG

Lagu Sekolah Kebangsaan
Matang Gerdu


SKMG penjana cita
Pendukung wawasan bangsa
Wargamu semangat waja
Teguh menjulang bangsa

Ilmu pemangkin wawasan
ICT pemacu kemajuan
Akhlak mulia teras bangsa
Jayakan aspirasi negara

Nasihat guru jadikan panduan
Ayah ibu dilupa jangan
Gigih berusaha pasti cemerlang
Menuju mercu gemilang

Gigih berusaha pasti cemerlang
Menuju mercu gemilang

Saturday, February 6, 2010

GURU MALAYSIA

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA


Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad"